CARA PENGIRAAN MERIT UPU KEMASUKAN UNIVERSITI AWAM (Lepasan SPM/ STPM)

Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan Universiti Awam (Lepasan SPM/ STPM). Panduan lepasan SPM atau setaraf yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam. Apakah syarat kelayakan kemasukan ke Universiti Awam? Untuk pengetahuan, kemasukan pelajar ke UA/IPTA bagi program lepasan SPM dan STPM/Setaraf berpandukan prinsip meritokrasi dengan menggunakan pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Untuk memudahkan pelajar, di sini dikongsikan cara pengiraan merit UPU bagi kemasukan ke Universiti Awam.


Panduan pengiraan merit UPU ke IPTA/ UA bagi lepasan SPM dan STPM :


DASAR DAN KRITERIA PEMILIHAN



Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan menggunapakai berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).

Berikut adalah kriteria pemilihan kemasukan bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf :
1. Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf.
2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum.
3. Kombinasi matapelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon.
4. Gred matapelajaran untuk tujuan pengkhususan.
5. Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Band 1.
6. Lulus temuduga/ujian bagi program bertemuduga.
7. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan.
8. Melepasi tahap minimum Ujian MEDSI dan lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).



PROSES PENENTUAN ALIRAN

Penentuan aliran bagi kemasukan ke Universiti Awam dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu Aliran Sains dan Aliran Sastera.  Kaedah penentuan aliran dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :


Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut:
                      i.  90 markah bagi 5 mata pelajaran utama; dan
                      ii. 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain

CARA PENGIRAAN MERIT BAGI ALIRAN SAINS
Berikut adalah contoh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam Aliran Sains yang mengambil 9 matapelajaran:



Rujukan: https://upuonline.net/cara-pengiraan-merit-upu/

Comments