PENDAFTARAN DIPLOMA KEMASUKAN DISEMBER 2021

PENDAFTARAN PELAJAR BARU BAGI KEMASUKAN DISEMBER 2021


TARIKH PENDAFTARAN: 11 DISEMBER 2021


PROGRAM DIPLOMA YANG DITAWARKAN SEPERTI BERIKUT:

1- Diploma Kejururawatan

2- Diploma Kesetiausahaan Kesihatan 

3- Diploma Pengurusan Industri Halal

4- Diploma Grafik Media Digital

5- Diploma Seni Kulinari 

6- Diploma Pengurusan Perniagaan

7- Diploma Kesetiausahaan Undang-undang



SESI PEMBELAJARAN AKAN DILAKSANAKAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


👉🏻 Klik link untuk Permohonan Online: Permohonan Kemasukan ke INSTEDT

👉🏻 Klik http://www.wasap.my/60134729294 untuk direct Whatsapp




Comments

  1. DIPLOMA KEJURURAWATAN (DNUR) membentuk pelajar untuk bekerjasama dengan doktor dalam satu pasukan bagi melaksanakan tugas-tugas merawat dan menjalankan prosedur klinikal. Kerjaya ini menuntut kesabaran yang tinggi terutama semasa melayan pesakit.

    Walaubagaimanapun bidang ini mempunyai prospek kerja yang sangat cerah samada di dalam atau luar negara. Struktur kurikulum adalah mengikut piawaian Lembaga Jururawat Malaysia.

    Pekerjaan yang tergolong dalam bidang kejururawatan adalah seperti Jururawat Am, Jururawat Khusus dan Jururawat Perindustrian.

    Syarat Kelayakan:
    Lulus SPM + 5 kepujian termasuk B.Melayu, Matematik dan Sains, serta Lulus mata pelajaran B.Inggeris.

    Tempoh pengajian : 3 tahun / 6 semester

    ReplyDelete
  2. DIPLOMA KESETIAUSAHAAN KESIHATAN (DMS) adalah program yg melahirkan pelajar yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha bahagian kesihatan dan pembantu-pembatu doktor yang merangkumi semua aspek termasuk fizikal, emosi, dan social manusia.

    Graduan DMS boleh berkerja di hospital kerajaan atau swasta sbg
    - Medical Secretary
    - Medical Transcriptionist
    - Medical Record Secretary
    - Medical Office Receptionist
    - Dental Secretary
    - Physician Office Specialist
    - Surgery Scheduler
    - Insurance Specialist
    - Rehabilitation Specialist Assistant
    - Rehabilitation Secretary
    - Medical Voucher Clerk
    - Clinic Clerk, Admission Clerk
    - Underwriting Clerk
    - Medical Billing Coder
    - Medical Billing Specialist.

    Syarat Kelayakan:
    Lulus SPM + 3 kepujian dan lulus subjek sains atau mana-mana matapelajaran sains tulen

    Tempoh Pengajian : 3 Tahun / 6 semester

    ReplyDelete
  3. DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN (DPP) melahirkan graduan yang berkemahiran khususnya dalam bidang perniagaan dan pengurusan bagi memenuhi pasaran masa kini. Pelajar didedahkan dengan pelbagai maklumat terkini berkenaan bidang perniagaan dan pengurusan seperti pemasaran, pengurusan pejabat, pelaburan, pengeluaran, amalan insuran dan pelbagai pengetahuan asas.

    Semua yang ditawarkan ini menjadi pakej fleksibiliti bagi pelajar-pelajar untuk memiliki peluang besar dalam memasuki industri seperti pentadbiran, kewangan, pemasaran, perhubungan awam dan insuran.

    Graduan DPP boleh menceburi bidang kerjaya sebagai
    - Penolong Pegawai Latihan
    - Penolong Akauntan
    - Penolong Pengurus Pemasaran
    - Eksekutif Pentadbiran
    - Eksekutif Pemasaran
    - Eksekutif Perhubungan Awam
    - Pembantu Akaun.

    Syarat Kelayakan:
    Lulus SPM + 3 kepujian dan lulus B.Inggeris

    Tempoh pengajian : 3 tahun / 6 semester

    ReplyDelete
  4. DIPLOMA GRAFIK MEDIA DIGITAL (DMG) adalah program yang direka berorientasikan pelbagai kemahiran dan tidak hanya memfokuskan kepada konsep dan prinsip rekabentuk sahaja.Pelajar akan mendalami aspek-aspek multimedia, pembangunan web, fotografi, pemasaran, sehinggalah kepada pengurusan projek.

    Pelajar turut didedahkan dengan kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritis dan kreatif. Kursus keusahawanan turut diterapkan dalam program ini sebagai nilai tambah kepada pelajar untuk lebih berdaya saing dalam industri kelak.

    Prospek Kerjaya utk DMG meliputi keperluan pelbagai bidang antaranya perniagaan, pengiklanan, percetakan, pembungkusan, animasi dan video. Graduan boleh menjawat jawatan sebagai
    - Perekabentuk grafik/media/animasi
    - Pembangun laman web
    - Editor gambar/video
    - Jurufoto/Juruvideo
    - Artis grafik
    - Juruteknik grafik.

    Syarat Kelayakan:
    Lulus SPM + 3 kepujian dan lulus Pendidikan Seni Visual.
    **Jika pemohon tidak mengambil matapelajaran Pendidikan Seni Visual, calon perlu lulus ujian Lukisan yang dikendalikan oleh pihak kolej.

    Tempoh pengajian : 3 Tahun / 6 semester

    ReplyDelete
  5. DIPLOMA SENI KULINARI (DSK) mendedahkan pelajar tentang dunia masakan, perkara asas seperti penggunaan peralatan dapur, perancangan dan perlaksanaan penyediaan makanan. Pelajar juga akan mempelajari kemahiran asas dalam masakan timur, barat dan antarabangsa, aspek-aspek spekulatif makanan, sanitasi makanan, pembelian dan kawalan kos, pengurusan dapur dan pengurusan perkhidmatan katering.

    Skop kerja yang ditawarkan bagi program DSK:
    - Chef khusus / selebriti
    - Caterer
    - Eksekutif pemakanan
    - Perunding cara dapur dan restoran
    - Usahawan berkaitan bidang makanan
    - Eksekutif perkhidmatan makanan
    - Captain waiter
    - Food Journalist / Food Writer
    - Tutor / Pembantu Pensyarah

    Syarat kelayakan
    Lulus SPM + 3 kepujian dan lulus B. Inggeris

    Tempoh pengajian : 3 tahun / 6 semester

    ReplyDelete
  6. DIPLOMA KESETIAUSAHAAN UNDANG-UNDANG (DLS) adalah program berasaskan bidang kesetiausahaan, pentadbiran pejabat dan undang-undang bagi membentuk pelajar menjadi seorang setiausaha atau pembantu yang mahir.

    Pelajar dilatih untuk melakukan pelbagai pekerjaan yang memerlukan pengetahuan yang lengkap dalam undang-undang prosedur, terminologi undang-undang dan pelbagai aspek undang-undang seperti undang-undang jenayah, wasiat & probet, undang-undang keluarga, undang-undang tanah dan sistem perundangan Malaysia.

    Graduan DLS boleh menceburi bidang kerjaya sebagai:
    - Setiausaha undang-undang
    - Eksekutif undang-undang
    - Pegawai atau pembantu pentadbiran di Mahkamah
    - Ejen hartanah
    - Bank ( Jabatan undang-undang )
    - Syarikat insuran

    Syarat Kelayakan:
    Lulus SPM + 3 kepujian dan lulus B.Inggeris

    Tempoh pengajian = 3 tahun / 6 semester

    ReplyDelete

Post a Comment