RM2.5 juta biaya pelajar INSTEDT

Tahniah Instedt! Jom Masuk Instedt!

Sinar Harian, 16 MAC 2016


SHAH ALAM -  Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (Instedt) menjadi institut pengajian tinggi (IPT) kelapan menjalin kerjasama dengan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) bagi menyalurkan dana melalui Biasiswa Karangkraf.

Dana berjumlah RM2.5 juta itu bagi membiayai pengajian kira-kira 50 pelajar dalam tempoh lima tahun untuk mengikuti pengajian dalam 13 bidang yang ditawarkan Instedt yang terletak di Desaru, Johor.

Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, is sebagai menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Karangkraf, dalam usaha membantu pelajar yang berkebolehan melanjutkan pengajian di IPT dalam pelbagai bidang.

"Mulai tahun ini, sebanyak RM500,000 akan disalurkan setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang. Kita jangkakan kira-kira 50 pelajar akan mendapat manfaat daripada dana ini.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Instedt atas kesudian bekerjasama dengan Karangkraf," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Auditorium Karangkraf, semalam.

Pada majlis itu, Instedt diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Shahrul Azila Mohd Salleh manakala Karangkraf diwakili oleh Hussamuddin.

Turut sama menyaksikan perjanjian itu, Timbalan Pengerusi Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah dan Ketua Pegawai Instedt, Prof Madya Dr Mat Jizat Abdol.

Dalam pada itu, Shahrul Azila melahirkan rasa berbesar hati terhadap kesudian Karangkraf memeterai perjanjian itu.

"Alhamdulillah, perjanjian ini besar ertinya kepada kami di Instedt. Terima kasih atas kesudian Karangkraf menyediakan biasiswa kepada pelajar ini bagi meneruskan pengajian," katanya.

Comments